web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berangkat Ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 3:41PM

Sultan Ibrahim (tiga, kiri) dan Raja Zarith Sofiah (tiga, kanan) bersantap bersama pemimpin kanan negara - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesa Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.

Majlis berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,
Menteri Kabinet dan pasangan masing-masing.

Majlis yang dihadiri kira-kira 400 tetamu itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Antara juadah yang disajikan ialah lemang, ketupat, rendang, sate, nasi briyani, laksa Johor serta mi rebus Johor yang dihidangkan secara bufet.

Majlis berkenaan turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari United Kingdom, Turkiye, Mesir, Uzbekistan, Maldives, Senegal dan Ireland.

Tetamu lain yang dijemput adalah kerabat-kerabat Diraja Johor.

Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 Pada 20 Julai

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, Permaisuri Ucap Selamat Penyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Jabatan Pertanian Pilih Pokok Untuk Upacara Penanaman Di Istana Negara

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Sukan 1 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC