web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Apr 2024 10:53AM

Gambar - IPD Gerik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seekor anak gajah mati dilanggar kenderaan dalam kejadian di Kilometer 50 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian pada 8.30 malam itu berlaku ketika anak gajah berkenaan melintas secara tiba-tiba mengakibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X Trail tidak sempat mengelak dan melanggar anak gajah itu.

Kenderaan SUV yang dipandu lelaki berusia 35 tahun bersama dua penumpang itu dalam perjalanan dari arah Pasir Mas, Kelantan menghala ke Gerik.

"Pada masa sama sebuah lagi kenderaan Perodua Axia dipandu seorang lelaki berumur 39 tahun, isteri dan tiga orang anak mereka telah melanggar bahagian belakang SUV berkenaan sehingga menyebabkan kematian pada gajah tersebut.

"Walaubagaimanapun kesemua mangsa kedua-dua kenderaan yang terlibat dengan kemalangan hanya mengalami kecederaan ringan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata gajah itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya.

Zulkifli turut menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa memandu ketika melalui JRTB kerana dikhuatiri terdapat hidupan liar yang melintas dan berada di atas jalan raya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Perak Yusoff Shariff berkata anak gajah yang mati itu dianggarkan berusia tujuh tahun dan merupakan gajah betina.

"Gajah kita sudah bawa ke Gerik untuk proses menanam bangkai gajah tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, tular di media sosial menerusi video berdurasi 1 minit 45 saat memaparkan anak gajah berkenaan mati terdampar di tepi laluan dan beberapa buah kenderaan rosak akibat kemalangan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Bawak Kereta Jangan Leka, Kan Dah Kena...

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Aduh Buat Hal La Motor Ni...

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia