web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hati-hati, Amaran Bursa Malaysia Akan Penipuan Pelaburan Guna Web Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 8:21AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Bhd menasihatkan pelabur agar lebih berwaspada untuk melindungi diri mereka dan orang lain daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan.

Pengendali bursa itu berkata, baru-baru ini pihaknya memantau pertambahan jumlah penipuan melibatkan penyalahgunaan nama dan logo korporat Bursa Malaysia.

“Ketika tempoh ketidaktentuan seperti pandemik COVID-19 yang sedang berlaku, scammer (penipu) cuba mengumpan mangsa untuk menyertai skim dan aktiviti pelaburan yang meragukan.

“Mereka kerap menggunakan syarikat yang tidak berlesen dan tidak berdaftar, laman web dan bahan promosi yang menyerupai institusi kewangan yang sah untuk memperdaya orang awam yang melabur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, pada kebiasaannya, penipuan pelaburan akan menggunakan nama dan logo Bursa Malaysia untuk bahan berkaitan pemasaran dan hantaran di media sosial dengan menawarkan pulangan pelaburan yang tinggi berserta jaminan tiada risiko atau berisiko kecil.

“Pelabur diarahkan untuk ke laman web ‘palsu’ dan nombor telefon yang diberikan scammer. Laman web palsu ini hampir serupa dengan laman web asal institusi kewangan yang sah,” katanya.

Katanya, panggilan kepada nombor telefon yang disediakan, disambungkan kepada scammer yang mendakwa sebagai pekerja dan kemudiannya mengarahkan pelabur untuk memindahkan wang ke dalam akaun dengan nama berbeza.

Sehubungan itu, ia mengingatkan orang ramai untuk hanya melabur dengan pihak yang berlesen.

“Senarai peringatan pelabur yang dikemas kini bagi laman web tidak sah, produk pelaburan, syarikat dan individu boleh diperolehi di Akademi Bursa di https://www.bursaacademy.bursamarketplace.com/en/sc- investor-alert," menurut bursa.

Selain itu, ia menyarankan pelabur agar mengesahkan maklumat berkenaan dan tidak bergantung kepada bahan pemasaran yang tidak diminta.

“Pelabur juga perlu membandingkan dan mengesahkan laman web atau laman media sosial. Laman web atau laman media sosial palsu pada kebiasaannya mempunyai logo yang kelihatan ganjil (atau resolusi rendah) yang tidak sama dengan logo syarikat yang sah,” kata Bursa Malaysia.

Mereka juga perlu mengelakkan kaedah pembayaran luar biasa dan mendapatkan nasihat daripada golongan pakar.

“Bersikap curiga dengan tawaran pelaburan tanpa diminta yang diberikan secara dalam talian, di media sosial dan menerusi panggilan telefon,” katanya.

Bursa Malaysia berkata pihaknya tidak melibatkan ejen pihak ketiga untuk mewakilinya.

“Sekiranya orang ramai menerima komunikasi yang tidak diminta atau mencurigakan yang mengaitkan atau mendakwa sebagai ejen Bursa Malaysia, hubungi kami di talian 03-2732 0067 atau emel bursa2u@bursamalaysia.com untuk mengesahkan kandungan komunikasi berkenaan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia