web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Apr 2024 9:38PM

gambar JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya telah menggerakkan anggota berserta beberapa aset ke lokasi terlibat iaitu di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah bagi memantau situasi.

Beliau berkata, pemantauan di lokasi kejadian mendapati kawasan terbabit dinaiki air antara 0.3 meter (m) hingga 0.6 m dan keadaan adalah terkawal.

"Banjir berlaku akibat limpahan sungai berhampiran dan ketika ini paras air menunjukkan trend menurun.

"Keadaan adalah terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan bagi kedua-dua lokasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu masing-masing pada 4.47 petang dan 5.44 petang.

Awal hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 6 petang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Apalah Nasib, Lepas Makan Kena Tolak Kereta Redah Banjir

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Hujan Lebat Tak Berhenti, Kuching Dilanda Banjir Kilat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global