web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


19 Kes COVID-19 VOC Dikesan - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 12:09PM

19 kes COVID-19 melibatkan VOC telah dikesan sehingga semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) mengesan 19 kes COVID-19 melibatkan Varian yang Membimbangkan (VOC) sehingga semalam, bermula 24 Mei lalu.

Ini menjadikan jumlah kes melibatkan VOC adalah sebanyak 122 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 15 kes tersebut adalah varian Beta (B.1.351) yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan.

“Enam kes dilaporkan di Johor, lima di Kelantan manakala, Kuala Lumpur, Kedah, Melaka dan Terengganu masing-masing melaporkan satu kes, kesemuanya adalah jangkitan tempatan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 104 kes varian Beta yang terdapat di Malaysia setakat ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau, Varian Beta dikaitkan dengan peningkatan penularan dan vaksin COVID-19 yang ada kurang berkesan dalam mencegah jangkitan tersebut.

“Selain itu, terdapat empat kes lain melibatkan varian Delta (B.1.617.2) yang pertama kali dikesan di India.

“Tiga kes dilaporkan di Labuan dan satu di Kuala Lumpur. Kes di Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan, manakala kes di Labuan merupakan jangkitan dari luar negara dan merupakan sebahagian daripada kluster Layangan Labuan,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, Varian Delta dikaitkan dengan peningkatan penularan dan keberkesanan vaksin yang sedikit berkurangan.

“Secara keseluruhan, sembilan kes varian Delta telah dikesan, tiga di antaranya dikesan semasa ujian saringan di sempadan negara.

"KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian ini dalam komuniti," katanya. - Getaran, 5 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia