web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JKJAV Diminta Lihat Semula Proses Pendaftaran Vaksin, Laksana Automatik - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 12:24PM

Ramai yang mengeluh kerana masih belum mendapat panggilan untuk suntikan vaksin meskipun sudah berdaftar dengan MySejahtera. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi memastikan lebih ramai rakyat divaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melihat semula proses pendaftaran vaksin termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik.

Perdana Menteri berkata beliau juga mendengar keluhan daripada penduduk di luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman terutamanya warga emas yang sukar untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin.

"Untuk itu, saya telah mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat agar menggunakan semua aset kerajaan bagi mempermudahkan untuk mereka mendapat vaksin," katanya menerusi ucapan berhubung perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,  yang disiarkan di stesen televisyen tempatan hari ini. 

Setakat semalam, seramai 1,127,336 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

Mengambil maklum keresahan ramai yang masih belum menerima tarikh janji temu untuk menerima vaksin masing-masing, perdana menteri turut mengarahkan JKJAV memastikan mereka yang telah mendaftar melalui semua platform mendapat tarikh janji temu secepat mungkin.

Beliau berkata sehingga hari ini, hampir 13 juta individu telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, iaitu hanya 51 peratus daripada jumlah keseluruhan yang layak untuk menerima vaksin.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat supaya tampil sebagai sukarelawan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

Beliau berkata golongan belia serta badan bukan kerajaan dialu-alukan untuk menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara.  

"Penglibatan dan sokongan semua pihak amat diperlukan dalam pendekatan whole of government dan whole of society untuk kita mencapai 80 peratus yang disasarkan untuk membentuk imuniti berkelompok," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia