web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Dirayu Lebih Prihatin Nasib Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jun 2021 10:07PM

Abiedatul Adawiyah Abd Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK – Barisan pemimpin khususnya di peringkat kerajaan negeri diharapkan dapat turun padang dengan lebih aktif, bagi meninjau pahit-getir hidup rakyat tatkala berdepan pandemik COVID-19.

Keperitan dialami mereka bukan omong kosong, malah ramai yang terpaksa bergantung harap kepada sumbangan pelbagai pihak, demi meneruskan kelangsungan hidup.

Ibu tunggal, Abiedatul Adawiyah Abd Razak, 39, penduduk di Kampung Mujur berkata, ramai terkesan dengan pandemik COVID-19 apabila tidak dapat mencari rezeki untuk keluarga.

Peniaga nasi berlauk itu berkata, dia turut berdepan kesempitan apabila tidak dapat menjalankan perniagaan sejak tiga bulan lalu, dan hanya bergantung hidup kepada simpanan serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM500 sebulan.

 "Dengan wang itu saya membayar sewa rumah sebanyak RM400 sebulan dan membayar bil elektrik serta air. Pada masa sama, saya perlu menyara lima anak berusia antara tiga hingga 19 tahun.

"Saya berharap pemimpin masyarakat melihat keadaan rakyat yang tidak boleh bekerja untuk mencari pendapatan," katanya.

Abiedatul Adawiyah yang kematian suami, Che Deraman Che Wil, 51,

lebih setahun lalu berkata, dia turut dibantu oleh anak sulungnya yang bekerja sebagai pembantu kedai, ahli keluarga dan jiran tetangga.

SItuasi sama turut dilalui buruh binaan, Azman Mohd Noor, 50, yang memberitahu, dia juga tidak dapat bekerja sebagai tukang rumah sejak lebih lima bulan lalu kerana pandemik berkenaan.

Katanya, untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa bekerja sebagai pengangkat barang di pasar dengan upah yang tidak seberapa.

"Saya membantu peniaga mengangkat barang di pasar dan sehari dapat dalam RM30. Dengan duit itu saya menyara kehidupan isteri dan lima anak.

"Saya berharap pemimpin meluangkan masa melawat rakyat kerana ada di kalangan kami yang hidup teramat susah hingga terpaksa mencatu makanan," katanya.

Azman memberitahu, sumbangan dikurniakan Sultan Kelantan,

Sultan Muhammad V kepada golongan asnaf di baru-baru ini amat berjasa dalam meringankan beban rakyat.

"Sebagai rakyat, saya bersyukur di atas keprihatinan Sultan Kelantan yang sentiasa membantu rakyat ketika berada dalam kesusahan," katanya, sebak.

Baginda baru-baru ini mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada golongan asnaf yang  terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sumbangan itu dibuat menggunakan peruntukkan MAIK bagi program baginda sepanjang Ramadan lalu. – Getaran, 5 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia