web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 1:41PM

Gambar - JBPM Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tiga maut manakala lima cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kampung Pahi, awal pagi tadi.

Mereka yang maut merupakan dua lelaki dan seorang wanita manakala empat lelaki dan seorang wanita cedera parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Krai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.36 tengah malam tadi dan tiba di lokasi kejadian 17 minit kemudian.

Beliau berkata seramai 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Krai dan BBP Sungai Durian dikerahkan ke lokasi dan mendapati dua Toyota Hilux telah bertembung dengan sebuah Ford Ranger.

"Terdapat mangsa yang menaiki kenderaan Toyota Hilux telah tersepit dan bomba melakukan kerja-kerja operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa mengunakan Rescue Power Unit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa terlibat dihantar ke Hospital Kuala Krai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

2

Semasa 6 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 18 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa