web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Dipilih Jalani Ujian Klinikal Vaksin Terbaru Dari China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 7:45PM

Dr Noor Hisham Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia dipilih sebagai lokasi uji kaji vaksin COVID-19 buatan sebuah gergasi farmaseutikal China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan vaksin buatan Shenzhen Kangtai Biological Products Co Ltd.

Menurut beliau, kajian klinikal fasa tiga vaksin berkenaan telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 28 Mei lalu.

"Kajian klinikal ini melibatkan produk SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/ 0.5mL,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, Kajian Klinikal Fasa 3 ini akan dijalankan di lapan pusat penyelidikan dengan sasaran 3,000 peserta berusia 18 tahun dan ke atas, untuk tempoh antara 15 hingga 19 bulan.

“Selan daripada Malaysia, antara negara lain yang turut terlibat dalam kajian klinikal ini ialah Colombia, Argentina, Pakistan, Filipina dan Ukraine.

“Vaksin ini juga telah diluluskan oleh China melalui Emergency Use Approval pada 14 Mei 2021,” ujarnya lagi.

Kajian klinikal vaksin COVID-19 yang dijalankan di Malaysia ini jelas beliau, dapat membantu negara memperoleh sebarang maklumat berkaitan keberkesanan dan keselamatan vaksin tersebut pada kadar segera.

“Ini merupakan kelebihan yang diperlukan oleh kerajaan untuk memacu ke arah capaian sasaran imuniti kelompok (herd immunity) melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang giat dijalankan di seluruh negara,” katanya.

Setakat ini bekalan vaksin COVID-19 negara diperoleh dari Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Sinovac. - Getaran, 5 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia