web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 12:36PM

Siri ‘Les Legendes de Bugatti’ iaitu model sama seperti yang dirampas pihak berkuasa Jerman. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah daripada empat kereta mewah Bugatti Veyrons yang dirampas pihak berkuasa Jerman, baru-baru ini dipercayai milik Low Taek Jho atau Jho Low.

Utusan Malaysia yang memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan, baki kereta itu dipercayai milik bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), Khadem Al Qubaisi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif firma pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investments PJS.

"Kesemua individu terbabit sedang dalam pemantauan SPRM," kata sumber berkenaan.

Pada 2019, media melaporkan kedua-duanya disabitkan dengan jenayah kewangan dan dijatuhi hukuman penjara di Abu Dhabi.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber, Khadem dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, manakala Mohammed Badawy, warga Amerika Syarikat dijatuhi hukuman 10 tahun.

Sementara itu, semalam media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengemukakan permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai kenderaan itu daripada kerajaan Jerman pada 26 Oktober 2022. 

Baru-baru ini, akhbar Jerman, Bild melaporkan kesemua kereta itu ditemui ditutup dengan tarpaulin, di tempat letak kereta bawah tanah di sebuah ruang pameran automotif, Motorworld Munich, di bahagian utara bandar raya itu.

Portal automotif, Road & Track, pula melaporkan keempat-empat kereta berkenaan adalah sebahagian daripada koleksi siri ‘Les Legendes de Bugatti’.

Menurut portal berkenaan, hanya 18 unit kereta itu dibina, membabitkan enam jenis rekaan khas.

Ia turut melaporkan, kereta mewah itu adalah dalam edisi Veyron iaitu Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini.

Setiap satunya dianggarkan dijual pada harga AS$3 juta (RM14.3 juta). - Getaran, 30 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

2

Semasa 3 hari yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 1 hari yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 8 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Politik 55 minit yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

oleh Sophia Ahmad