web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 9:26AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AstraZeneca (AZ) mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin Covid-19 keluarannya, Covishield yang digunakan secara meluas boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku, termasuk pembekuan darah dan kiraan platelet yang rendah.

Gergasi farmaseutikal itu mengakui buat kali pertama dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di United Kingdom (UK) bahawa vaksin itu boleh 'dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS' atau Trombosis dengan Sindrom Thrombocytopenia.

Sindrom ini dicirikan oleh pembekuan darah dan kiraan platelet darah yang rendah pada manusia.

“Adalah diakui bahawa vaksin AZ boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS. Mekanisme penyebabnya tidak diketahui,” kata syarikat itu dalam dokumen mahkamah pada Februari, lapor The Telegraph.

Malaysia adalah antara negara yang menggunakan vaksin AstraZeneca dalam memerangi COVID-19. Vaksin itu dilabelkan sebagai ChAdOx1-S (Rekombinan) di Malaysia.

Menurut data Kementerian Kesihatan, Malaysia membekalkan kira-kira 14 juta dos vaksin AstraZeneca.

Vaksin AstraZeneca, berjenama Covishield di UK, telah dibangunkan oleh syarikat British-Sweden dengan kerjasama Universiti Oxford, UK. Ia dihasilkan oleh Institut Serum India dan diedar secara meluas di lebih 150 negara.

Beberapa kajian yang dijalankan semasa wabak itu mendapati vaksin itu adalah 60 peratus hingga 80 peratus berkesan dalam melindungi daripada novel coronavirus.

Bagaimanapun, penyelidikan mendapati Covishield boleh menyebabkan sesetengah orang mengalami pembekuan darah, yang boleh membawa maut.

Tuntutan yang difailkan di UK mendakwa bahawa vaksin itu membawa kepada kematian dan kecederaan parah dan meminta ganti rugi sehingga £100 juta untuk kira-kira 50 mangsa.

Salah seorang pengadu mendakwa vaksin itu menyebabkan dia mengalami kecederaan otak kekal selepas mengalami pembekuan darah, menghalangnya daripada bekerja.

Pengakuan oleh AstraZeneca dalam dokumen mahkamahnya bercanggah dengan kenyataan syarikat itu pada 2023 bahawa ia 'tidak akan menerima bahawa TTS disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik”.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini mengesahkan bahawa vaksin AstraZeneca boleh mempunyai kesan sampingan yang mengancam nyawa. – The Malaysian Insight, 1 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Suntikan Dos Penggalak COVID-19 Tingkat, Rangsang Tindak Balas Imun - Pharmaniaga

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Wajib Ambil Vaksin COVID-19 - JPA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia