web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

Luar Negara Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 12:10PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AstraZeneca (AZN.L) mengumumkan langkah menarik balik vaksin COVID-19 dari pasaran di seluruh dunia, dipercayai selepas dokumen mahkamah mendedahkan bahawa syarikat itu mengakui produk keluarannnya memberi kesan sampingan berbahaya.

Namun, memetik laporan Reuters, AstraZeneca berkata, keputusan itu diambil susulan lebihan bekalan vaksin di pasaran sejak pandemik COVID-19.

Pada masa sama, AstraZeneca berkata, pihaknya akan meneruskan langkah menarik balik vaksin Vaxzevria yang dipasarkan di Eropah.

"Memandangkan ada pelbagai vaksin COVID-19 yang dihasilkan, ia mengakibatkan berlaku lebihan bekalan (di pasaran)," kata syarikat itu dan menambah ia menyebabkan penurunan permintaan terhadap Vaxzevria yang tidak lagi dikeluarkan atau dibekalkan lagi.

Menurut Telegraph, firma itu mengemukakan permohonan untuk menarik balik vaksin terbabit pada 5 Mac lalu dan ia berkuat kuasa pada 7 Mei.

Baru-baru ini, media melaporkan satu dokumen mahkamah mengenai pengakuan syarikat berkenaan bahawa vaksin keluarannnya mengakibatkan pelbagai kesan sampingan seperti masalah darah beku dan kiraan platelet darah yang rendah.

Pengakuan itu secara langsung boleh membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound, dengan 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

Gergasi farmaseutikal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

AstraZeneca adalah syarikat senarai awam kedua terbesar di UK, dengan modal pasaran melebihi £170 bilion (RM870 bilion). - Getaran, 8 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Suntikan Dos Penggalak COVID-19 Tingkat, Rangsang Tindak Balas Imun - Pharmaniaga

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Wajib Ambil Vaksin COVID-19 - JPA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia