web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suntikan Dos Penggalak COVID-19 Tingkat, Rangsang Tindak Balas Imun - Pharmaniaga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 7:37AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 akan membantu merangsang tindak balas sistem imun yang menurun dan meningkatkan peneutralan antibodi untuk melawan varian yang mudah berjangkit.

Pharmaniaga Bhd dalam kenyataan semalam berkata berdasarkan kajian berkaitan dos penggalak yang dijalankan ke atas populasi dewasa dan warga emas, suntikan ketiga tersebut amat disyorkan.

Syarikat Farmaseutikal itu berkata perkara itu diputuskan oleh pakar-pakar yang menghadiri seminar secara maya anjuran syarikat tersebut hari ini yang bertajuk “COVID-19 Booster Shots and Vaccination for Children: Moving forward with experiences from China, Chile, and Indonesia.

(Suntikan Dos Penggalak COVID-19 dan Vaksinasi untuk Kanak-Kanak:  Bergerak Maju melalui Pengalaman daripada China, Chile dan Indonesia).

“Barisan panel seminar ini mengakui bahawa mengambil dos penggalak akan meningkatkan antibodi yang mulai menurun secara ketara dalam tempoh enam bulan selepas dos kedua, menurut kajian tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

Salah seorang ahli panel Pengarah Kanan Perniagaan Luar Negeri Sinovac Co Ltd Weining Meng, berkata suntikan penggalak yang diberikan dalam selang enam ke 12 bulan selepas dos kedua, akan merangsang tindak balas imun menyebabkan rata-rata titer geometrik (GMT) meningkat menjadi anggaran sekitar 140.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan di Akademi Sains Cina, Universiti Peking dan Sinovac Biotech, data yang diperoleh menunjukkan dos ketiga akan menjadikan perlindungan vaksin lebih lama dan mempunyai daya tahan berterusan.

Meng berkata tempoh pemberian dos penggalak haruslah mengambil kira kewujudan jangkitan COVID-19 di dalam negara dan kes-kes COVID-19 yang berjaya sembuh selepas vaksinasi utama.

“Nilai GMT enam bulan selepas dos ketiga lebih tinggi daripada nilai GMT tertinggi pada dos kedua. Kajian juga menunjukkan antibodi yang lebih berdaya tahan enam bulan selepas dos penggalak, berbanding dos kedua, yang menunjukkan tempoh perlindungan yang lebih lama daripada COVID-19 dan varian baharu,” tambah Meng.

Sehingga kini, Sinovac Biotech Co telah membekalkan lebih 2 bilion dos CoronaVac kepada seluruh dunia dan 810 juta dos diberikan kepada negara-negara di luar China setakat 12 Okt lepas, manakala kira-kira 1.2 bilion dos digunakan di republik itu.

Sementara itu, Profesor dan Pengarah Imunologi dan Imunoterapi Institut Millennium dari Chile Dr Alexis M.Kalergis berkata kebanyakan vaksin yang diterima oleh rakyat negara beliau adalah daripada Sinovac.

“Di Chile, penguat kuasa telah membenarkan penggunaan vaksin CoronaVac untuk kanak-kanak berumur dari enam tahun hingga yang lebih tua dan kempen vaksin ini bergerak lancar setakat ini, susulan profil keselamatan yang lebih baik dalam populasi pediatrik,” katanya sambil menambah vaksin Sinovac telah terbukti selamat dan berkesan bagi populasi rakyat Chile.

Beliau turut menyokong kenyataan bahawa suntikan dos penggalak adalah selamat dan meningkatkan antibodi peneutralan dalam kalangan orang dewasa yang sihat.

“Keberkesanan dos penggalak vaksin Sinovac dijangkakan sangat berkesan. Pakar-pakar fraterniti Chile lebih selesa menggunakan vaksin Sinovac kerana ia adalah daripada pengeluar vaksin tidak aktif yang telah mengeluarkan vaksin yang digunakan secara meluas sebelum ini seperti vaksin polio.

“Tidak dinafikan vaksin lain juga efektif, tetapi sebab utama kita memutuskan untuk bekerja dengan pengeluar vaksin tidak aktif  - Sinovac, ialah kerana data menunjukkan bahawa ia lebih menyeluruh dari segi tindak balas imun,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

3

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rentas Negeri Kekalkan SOP Sedia Ada, Tiada Halangan Tambahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia