Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 1:20PM

Program perniagaan mesin layan diri bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Ibarat durian runtuh. Itu yang dirasai seorang suri rumah di sini apabila mampu meraih pendapatan kira-kira RM2,000 hanya dalam tempoh 15 hari menyertai program perniagaan mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN). 

Nella Dewi Hendrik Sapoan, 28, yang mula menyertai program itu sejak Januari lepas, berkata dia mendapat tahu mengenainya melalui rakan sebelum membuat permohonan pada Mac 2023 bagi menambah pendapatan keluarga. 

"Ketika itu, program ini belum lagi tersebar luas, saya berminat untuk mohon, kemudian saya cari maklumat dalam laman sesawang, permohonan saya diluluskan pada Jun.

“Sebelum ini, saya ada jual makanan tapi secara sambilan sahaja dengan pendapatan tak menentu. Tak sangka saya dapat 'gaji' lumayan sertai IPR," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, mesin layan diri kendaliannya itu diletakkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau dan pada awalnya, jualan agak perlahan kerana pelajar belum tahu kewujudan mesin layan diri yang menjual pelbagai makanan itu.

"Pelajar ada kelas pagi, saya pula hantar makanan pada tengah hari. Tetapi, selepas seminggu sambutan memang hangat, kalau makanan habis mereka hubungi saya untuk tambah. Alhamdulillah, boleh bantu tingkat pendapatan keluarga dan suami yang bekerja sebagai penghantar barangan," katanya. 

Nella Dewi yang turut mempunyai sijil dalam bidang pengendalian makanan berkata, nasi lemak, spageti, sandwic dan buah-buahan antara yang dijual menerusi mesin layan diri itu berharga RM2 hingga RM5, yang kesemuanya dimasak sendiri.

"Bagi saya, program ini sangat membantu terutama kepada suri rumah, saya boleh memasak sambil jaga anak-anak di rumah.

“Kaedah ini juga menjimatkan masa dan mudah ... saya hanya mengisi makanan ke dalam mesin layan diri itu setiap dua kali sehari dan memantau stok menerusi aplikasi khas," katanya.

Seorang lagi peserta IPR yang mengendalikan mesin layan diri itu di kampus sama, Siti Zauyah Zakariah, 50, berkata sudah empat bulan dia menyertai program itu dan berharap ia diteruskan pada masa akan datang kerana memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan terutama ibu tunggal sepertinya untuk menambah pendapatan. 

"Mak cik dapat tahu program ini dalam berita dan beritahu anak yang mak cik ingin cuba memohon... kemudian ada pegawai pejabat daerah datang ke rumah cakap mak cik dapat mesin layan diri. Kami diberi kursus mengendalikan mesin, anak banyak tolong sebab mak cik kurang mahir... pendapatan juga dapat hampir RM1,000 sebulan," katanya.

Ibu kepada sembilan anak yang kematian suami empat tahun lepas berkata, dia akan menghantar makanan seperti bihun goreng,nasi goreng, nasi berlauk, salad dan bebola ke mesin layan diri itu tiga kali sehari dan sentiasa mendapat sambutan daripada pelajar.

"Dalam masa beberapa jam sahaja sudah habis, pelajar ada yang telefon minta mak cik tambah makanan. Ada pegawai berkaitan yang akan memantau kualiti dan kebersihan...kalau ada masalah pada mesin, mak cik terus lapor," katanya yang menambah program itu benar-benar membantu ekonomi keluarganya. 

Pelajar semester tiga jurusan perniagaan dan pengurusan di UiTM berkenaan Nur Airin Aziri, 20, berkata mesin layan diri memudahkan dirinya dan pelajar lain sekiranya berasa lapar selepas mengulang kaji pada waktu malam, selain menjimatkan masa kerana tidak perlu ke kedai di luar membeli makanan.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Sembilan Datuk Muhamad Nahar Mohd Sidek, berkata terdapat lima mesin layan diri di bawah projek IPR sedang beroperasi di negeri ini iaitu tiga di UiTM Kampus Rembau dan masing-masing satu di UiTM Kampus Seremban 3 serta UiTM Kampus Kuala Pilah.

Beliau berkata, phaknya juga merancang untuk meletakkan mesin berkenaan di beberapa premis lain termasuk hospital dan klinik kesihatan pada tahun ini, namun tertakluk kepada ketersediaan Kementerian Ekonomi untuk menghantar mesin berkenaan.

Pada Mac tahun lepas, Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli melancarkan program mesin layan diri IPR dan kerajaan menyasarkan mesin berkenaan dapat diperluas kepada 5,000 penerima di bawah IPR INSAN pada tahun ini. 

Menerusi inisiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun.  - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 Pada 20 Julai

Politik 19 jam yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Semasa 1 hari yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam