web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misi Mencari Hawari Disambung, Ganjaran AS$5,000 Menanti Pemberi Maklumat

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 May 2024 8:58PM

Muhammad Hawari Hashim - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama terhenti, misi mencari pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Everest tahun lalu disambung semula.

Presiden Persatuan Malim Gunung Perhutanan (PMGP) Mohd Yussainy Md Yusop berkata, Ketua Misi Everest 2023 Azim Afif kini berada di gunung tertinggi dunia itu bagi menyelaras operasi di lokasi.

Serentak dengan itu menurut beliau, ganjaran berjumlah AS$5,000 (RM23,696) turut ditawarkan oleh Pioner Adventure Pvt. Ltd. untuk mana-mana sherp atau individu yang boleh memberi maklumat tepat berhubung lokasi Muhammad Hawari Hashim dilaporkan hilang.

“Ganjaran tersebut untuk sherpa, pendaki atau mana-mana individu yang berada di Everest bagi musim mendaki tahun ini.

“Expedition Operator Association telah dimaklumkan mengenai ganjaran tersebut sekiranya sesiapa  yang berada di Everest dapat memberikan maklumat lokasi Hawari terus kepada Pengarah Eksekutif Pioneer Adventure Pvt. Ltd, Nivesh Karki,” katanya.

Jelas Mohd Yussainy, PMGP akan menggerakkan usaha mencari dengan kerjasama Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang atas dasar kemanusiaan.

“Untuk usaha ini, PMGP memperoleh nasihat teknikal daripada Agensi Angkasa Malaysia sera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Kami turut menerima kerjasama Pejabat Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal yang memaklumkan kepada Menteri Luar Nepal. Ini bagi membolehkan tentera negara tersebut memberikan perhatian semasa Kempen Pembersihan Gunung yang sedang berjalan di Everest,” katanya.

Kehilangan Muhammad Hawari, 34, mencetuskan misteri apabila gagal dikesan selepas menuju ke Kem 3, sebaik berjaya menawan puncak Everest.

Dia yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dilaporkan hilang Mei tahun lalu.

Misi mencari pemuda itu yang bermula 19 Mei dihentikan pada 15 Jun tahun lalu, selepas hampir sebulan kehilangannya dilaporkan.

Misi terbabit terpaksa dihentikan selepas permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR (search and rescue) udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal tamat tempoh, malah aktiviti pendakian ke Everest tahun itu juga telah ditutup bermula 29 Mei. - Getaran, 12 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Misi Ekspedisi Madani: Pendaki Malaysia Dirawat Di Hospital, 2 Masih Terkandas Di Gunung Alaska

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Azhan Rani Berlepas Ke Nepal Ahad Ini, Mula Misi Ke Island Peak

3

Kisah Kita 10 bulan yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

4

Sukan 1 tahun yang lalu

RM1.48 Juta Diperuntuk Bantu Misi Cari, Menyelamat Hawari

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia