web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misi Ekspedisi Madani: Pendaki Malaysia Dirawat Di Hospital, 2 Masih Terkandas Di Gunung Alaska

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 May 2024 4:00PM

Muhammad IIIaham Ishak, 47 (kanan) - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Seorang daripada tiga pendaki Malaysia yang berjaya sampai ke puncak Gunung Denali, di Alaska, Amerika Syarikat, diselamatkan selepas terperangkap akibat cuaca buruk ketika melakukan pendakian turun pada Selasa.

Menurut wakil Kelab Jelajah Alpine (KJA), Muhammad Illaham Ishak, 47, kini dirawat di hospital manakala dua lagi rakannya Zainudin Lot, 47, dan Zulkifli Yusuf, 37, masih menanti pasukan penyelamat di lokasi pada ketinggian 5,990 meter, iaitu kira-kira 200 meter dari puncak gunung.

Wakil KJA berkata, Muhammad IIIaham membuat panggilan kecemasan dan isyarat menggunakan peralatan komunikasi satelit apabila mereka menghadapi kesukaran untuk turun selepas berjaya menawan puncak Denali.

“Muhammad Illaham turun bersendirian ke Kem Lima bagi mendapatkan bantuan pasukan penyelamat untuk mengeluarkan dua lagi pendaki termasuk seorang yang cedera di kaki.

“Kedua-dua pendaki itu kini menunggu untuk diselamatkan di kawasan yang dikenali sebagai ‘Padang Bola Sepak’ berhampiran Gunung Denali, kira-kira 200m dari puncak dan sedang berlindung dalam gua salji,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Kata wakil kelab itu lagi, mereka difahamkan proses menyelamat sedang dilakukan dan menunggu cuaca sesuai untuk menerbangkan helikopter ke lokasi.

“Saya difahamkan keadaan mereka stabil tetapi mereka disyaki mengalami reput fros dan hipotermia,"

Kumpulan pendaki itu menyertai Misi Ekspedisi Madani 7 Puncak Tertinggi di 7 Benua yang bermula 12 Mei hingga 15 Jun.

Denali adalah dua gunung terakhir selain gunung Vinson Maasif di benua Antartika yang perlu ditawan untuk melengkapkan cabaran bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Record.

Pengiktirafan itu ialah untuk kategori pendakian bebas tanpa bantuan mana-mana malim gunung atau pihak profesional luar yang lain. - Getaran, 31 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Misi Mencari Hawari Disambung, Ganjaran AS$5,000 Menanti Pemberi Maklumat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rai Hari Lahir Dengan Mendaki, 4 Guru Wanita Sesat 10 Jam

3

Semasa 3 tahun yang lalu

7 Remaja Sesat Daki Gunung Selamat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia