web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rai Hari Lahir Dengan Mendaki, 4 Guru Wanita Sesat 10 Jam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Nov 2021 1:30PM

Mangsa dirawat pasukan EMRS BBP Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kegembiraan empat guru wanita meraikan hari lahir bertukar cemas apabila mereka sesat ketika mendaki di hutan Bukit Panchang, Tinagat, di sini, semalam.

Mangsa Nurzalina Suani, 27, Sharmila Maksum, 25, Dayang Noraisyah Faizal, 26, dan Juliana Julasri, 25, bagaimanapun berjaya ditemui penduduk kampung, kira-kira jam 10 malam tadi berhampiran Bukit 38.

Sebaik ditemui penduduk termasuk Ketua Kampung Tinagat, kesemua mangsa menangis dan saling berpelukan tanda gembira.

Getaran difahamkan, kesemua mangsa yang berasal dari Tawau dan Lahad Datu itu, memulakan pendakian ke Bukit Panchang jam 9 pagi semalam, sebelum turun sekitar jam 12 tengah hari.

Ketika dalam perjalanan turun, kumpulan guru berkenaan mengikuti tanda tali kuning yang dipasang, sebelum menyedari tersesat selepas hampir empat jam berjalan.

Mereka kemudian menghubungi rakan lain menggunakan aplikasi WhatsApp, yang memaklumkan insiden tersebut kepada penduduk kampung bagi mendapatkan bantuan awal.

Sebaik diberitahu, sekumpulan penduduk diketuai Ketua Kampung Tinagat bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.

Bagaimanapun, usaha mencari tersebut mengalami kesukaran disebabkan hujan dan cuaca gelap, sebelum kesemuanya ditemui kira-kira jam 10 malam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stphen Jr berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu pada jam 8 malam, semalam.

“Mangsa ditemui kira-kira lapan kilometer dari pusat operasi kawalan bomba di kaki Bukit Akar.

“Mereka berjaya dibawa keluar dan tiba di pusat operasi jam 12.34 tengah malam tadi dalam keadaan selamat,” katanya.

Hanya seorang daripada mangsa mengalami luka kecil dan dirawat Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Tawau, sebelum operasi ditamatkan pada jam 1 pagi.

Dalam pada itu, Julius menasihatkan orang ramai agar melakukan persiapan lengkap termasuk bekalan makanan dan lampu suluh sebelum melakukan pendakian.

“Mereka juga diminta mendapatkan permit dari pihak berkuasa sebelum melakukan aktiviti pendakian di sini dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung dan lebih 20 pendaki bebas yang sudi menawarkan bantuan sepanjang operasi mencari mangsa,” katanya. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Misi Ekspedisi Madani: Pendaki Malaysia Dirawat Di Hospital, 2 Masih Terkandas Di Gunung Alaska

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Misi Mencari Hawari Disambung, Ganjaran AS$5,000 Menanti Pemberi Maklumat

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Ketua Sudah Lari, Tapi Ajaran Ahmadi Masih Aktif?

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6 Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Ditemukan Selamat, Seorang Cedera - Bomba

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia