web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Remaja Sesat Daki Gunung Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Sep 2021 9:44AM

engarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh remaja lelaki berjaya diselamatkan selepas 12 jam tersesat ketika melakukan riadah di Jeram Gunung Hitam, Hulu Langat di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa pada awalnya dilaporkan tersesat di hutan terbabit sejak petang semalam.

Menurut beliau, bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.15 petang semalam.

“Laporan menyatakan, tujuh remaja berusia 18 tahun tersesat dalam hutan ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan berkenaan.

“Kesemua mereka dapat dihubungi melalui telefon dan memaklumkan tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat dilakukan oleh 28 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Bandar Tun Hussein Onn, Pasukan Pelbagai Kemahiran (MUST) serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

Norazam memberitahu, operasi turut disertai Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan pasukan Penyelamat Bencana Malaysia (RBM).

“Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat pada jam 1.51 pagi.

“Operasi membawa keluar mangsa mengambil masa kira-kira empat jam sebelum tiba di kawasan luar tempat riadah itu jam 5.59 pagi tadi,” katanya. - Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia