web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PdPR 25 Hari Bila Sekolah Dibuka - Mohd Radzi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jun 2021 11:24AM

Radzi berkata kaedah persekolahan selepas cuti pertengahan penggal yang akan datang iakan diumumkan seminggu sebelum ia tamat. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pelajar sekolah kerajaan dan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sebaik sahaja ia dibuka 13 dan 14 Jun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, ketetapan itu dibuat susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan sesi Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR).

Menurut beliau, PdPR akan dilaksanakan selama 25 hari sehingga 16 dan 17 Julai, berikutan keadaan negara yang masih berdepan pandemik COVID-19.

“Semua sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang berdaftar dengan kementerian juga perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ini berdasarkan takwim masing-masing,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sesi persekolahan bagi negeri di bawah Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 13 Jun manakala sesi persekolahan bagi negeri-negeri lain (Kumpulan B) ialah pada keesokan hari, 14 Jun.

Sesi persekolahan itu pula akan diikuti dengan cuti pertengahan penggal pada 16 hingga 25 Julai bagi Kumpulan A dan 17 hingga 26 Julai bagi Kumpulan B.

“Kaedah persekolahan selepas cuti pertengahan penggal yang akan datang iakan diumumkan seminggu sebelum ia tamat,” jelasnya lagi.

Mohd Radzi memberitahu, prestasi setiap guru yang terbabit dalam pelaksanaan PdPR akan dipantau oleh kementerian bagi memastikan mereka tidak culas dalam melaksanakan kaedah pengajaran tersebut.

“Kita sentiasa memantau prestasi guru dalam perlaksanaan PdPR ini, demi memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang secukupnya,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia