web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 70,000 Guru Telah Terima Vaksin COVID-19 - Radzi Jidin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 3:01PM

KPM berusaha mengandakan jumlah guru yang telah divaksin memandangkan sesi persekolahan secara bersemuka akan ditangguhkan ke akhir Julai. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 70,000 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan berusaha untuk menggandakan angka berkenaan dengan mengambil kira sesi persekolahan secara bersemuka tidak akan berlangsung hingga akhir Julai, bagi membolehkan lebih ramai guru divaksinasi dalam tempoh itu.

Radzi dalam sidang media secara maya hari ini berkata perbincangan dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin telah diadakan berhubung perkara berkenaan.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata seramai 500,000 guru telah disenaraikan sebagai penerima vaksin dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lepas.

Radzi dalam pada itu berkata KPM akan memperinci kaedah dan pendekatan yang boleh diaplikasikan bagi mengelakkan sekolah menjadi sebahagian daripada kluster COVID-19.

“Pendekatan akan diperincikan dari semasa ke semasa dan apa yang penting kita memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi kerana jangkitan COVID-19 melibatkan pelajar sekolah masih berlaku di luar sana walaupun sekolah tutup,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia