web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Terengganu Patuh SOP, Kompaun Catat Penurunan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jun 2021 8:00PM

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berpuas hati dengan kadar pematuhan SOP COVID-19 rakyat Terengganu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mendapati kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan rakyat negeri itu selama tempoh lima hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 sangat tinggi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pemerhatian itu berdasarkan jumlah kompaun kesalahan SOP yang dikeluarkan merekodkan penurunan, iaitu 108 bagi tempoh 1 hingga 5 Jun.

Rohaini berkata sebelum pelaksanaan PKP, polis mengeluarkan 128 kompaun bagi tempoh 27 Mei hingga 31 Mei.

“Kita anggarkan kadar pematuhan SOP rakyat Terengganu dalam 96 peratus, memang pematuhan yang sangat tinggi secara keseluruhannya.

“Kita berpuas hati dan berbangga masyarakat Terengganu dapat amalkan SOP COVID 19 kali ini,” katanya kepada media selepas membuat tinjauan operasi di sekatan jalan raya (SJR) Jambatan Sultan Mahmud di sini.

Tambahnya, bilangan kenderaan yang memasuki Terengganu juga mencatatkan pengurangan sebanyak 75 peratus.

“Ini adalah satu kejayaan pihak penguat kuasa yang menjalankan SJR di sempadan terutama di Perasing, iaitu laluan utama untuk masuk ke Terengganu,” katanya.

Selain itu beliau berkata, polis Terengganu turut menggunakan teknologi dron untuk membuat pemantauan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Beliau berkata, penggunaan dron itu mampu mengesan suhu badan dengan lebih tepat, pada jarak 20 meter dari udara.

“Teknologi dron itu akan dapat mengesan suhu badan dan jika terdapat pelanggaran, pasukan penguat kuasa ini akan segera pergi ke lokasi.

“Tujuan kita menggunakan dron ini kerana sumber anggota polis yang terhad untuk memantau di semua kawasan tumpuan secara serentak,” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 157 pasukan pemantau bagi operasi pematuhan SOP di seluruh Terengganu. - Getaran, 6 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia