web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup 9,350KG Minyak Masak Subsidi Gagal, Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 8:53PM

Sebanyak 9,350kg minyak masak bersubsidi paket 1kg yang berjumlah RM23,375 dirampas dalam operasi di Kampung Rogayah, Pasir Mas, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 9,350 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi, dalam bentuk paket satu kg berjumlah RM23,375 ke negara jiran gagal apabila ditahan dalam operasi di Kampung Rogayah, di sini, semalam.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada jam 9 pagi menerusi Ops Benteng Covid dan Kontraban secara bersepadu antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tumpat.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, operasi dijalankan berdasarkan maklumat risikan selama seminggu, sebelum 13 pegawai menggeledah sebuah stor simpanan.

Katanya, modus operandi penyeludupan adalah dengan menjadikan stor di sempadan negara berdekatan sungai sebagai tempat simpanan sementara, sebelum diseludup ke negara jiran.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disyaki dalam cubaan untuk membawa bekalan barang kawalan itu ke sempadan negara bagi tujuan penyeludupan ke negara jiran, namun cubaan itu gagal apabila dia ditahan dan barang kawalan dirampas.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihak berkuasa masih menjejaki punca bekalan diperolehi saspek,” katanya di sini hari ini.

Azanizam memberi amaran, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa sahaja yang melakukan penyelewengan khususnya membabitkan barang kawalan.

Beliau berkata, kerjasama bersama agensi penguatkuasaan sempadan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa, bagi memastikan barang kawalan yang diseludup ke negara jiran dapat dibanteras serta memastikan pengguna dapat menikmati subsidi yang dibekalkan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, KPDNHEP Kelantan menjalankan 683 pemeriksaan premis perniagaan bermula 1 Jun hingga semalam, selaras dengan Akta Kawalan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, dalam pemeriksaan itu, sebanyak 11 tindakan di bawah Akta 342 dikeluarkan kepada pemilik premis, antaranya kerana  gagal membuat penandaan bagi laluan keluar masuk, dengan nilai kompaun RM10,000 bagi setiap kes.

“Bermula Januari lalu sehingga semalam, terdapat 11,913 premis yang patuh SOP, manakala 40 lagi diberikan nasihat dan 47 menerima amaran.

“Kami turut mengeluarkan 15 kompaun membabitkan pasar raya, restoran, kilang, pasar tani, pasar awam dan lain-lain premis,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia