web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JKNK Bercadang Buat Program Vaksinasi COVID-19 Dari Rumah Ke Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jun 2021 9:17PM

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin (baju biru, mask biru) meninjau PKRC JKKN Tanjung Chat yang dibuka hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bercadang melakukan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di setiap daerah bagi mempercepatkan proses vaksinasi.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ia juga untuk memperluaskan proses berkenaan di kawasan luar bandar, khususnya kampung.

Katanya, pada hari ini, JKNK mengadakan program itu di beberapa kampung di Kuala Krai.

“Jika ada keperluan, kita akan membuat program vaksinasi ini dari rumah ke rumah.

“Ia juga bergantung kepada bekalan vaksin yang kita perolehi, namun setakat ini bekalan mencukupi dan proses suntikan berjalan setiap hari,” katanya ketika ditemui di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan (JKKN) di Tanjung Chat di sini, hari ini.

PKRC ke-15 itu dibuka pada hari ini.

Turut hadir, Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir dan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, 144,000 individu sudah menerima dos pertama vaksin manakala lebih 55,000 lagi telah menerima dos kedua masing-masing.

Dalam perkembangan lain Dr Zaini berkata, PKRC di JKKN Tanjung Chat yang mula dibuka hari ini boleh memuatkan 200 pesakit wanita pada satu-satu masa.

Katanya, PKRC berkenaan akan menempatkan pesakit bagi kategori satu, dua dan tiga dan dibuka hasil kerjasama dengan agensi lain.

“Kita juga mengenal pasti lokasi lain bagi membuka PKRC seterusnya iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Bachok jika kes meningkat kepada 600 sehari.

“Buat masa ini, 15 PKRC yang ada boleh menempatkan lebih 1,800 pesakit dan ia mencukupi untuk menampung pesakit COVID-19,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia