web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesalahan Lama Sering Berulang, Penduduk Masih Pandang Ringan SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 9:28PM

Nasir ketika melakukan pemantauan di SJR Jalan Damai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Gagal mengimbas MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka antara kesalahan berulang yang sering dilakukan orang ramai sepanjang enam hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Deputi Superintendan (DSP) Nasir Muslen berkata, ia menunjukkan sikap sebahagian penduduk yang masih memandang ringan perihal pematuhan SOP ditetapkan kerajaan sejak tahun lalu.

“Sepatutnya kesalahan itu tidak berlaku memandangkan ia antara perkara yang sering ditekankan kerajaan.

“Sikap lupa tidak boleh dijadikan alasan dan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dalam hal ini, sekali gus membuatkan mereka berdepan risiko kompaun sebanyak RM1,500 bagi setiap kesalahan berkaitan,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa memantau operasi pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) Jalan Damai, di sini.

Menurutnya, secara keseluruhan sebanyak 247 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang enam hari pelaksanaan PKP 3.0 di Tawau.

Mengulas rungutan orang ramai yang mendakwa berlaku kecelaruan dalam perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) khususnya berkaitan had masa kebenaran masuk ke pusat bandar, Nasir menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan jumlah orang ramai di situ.

“Berdasarkan statistik, sebanyak 10,000 kenderaan direkodkan masuk ke pusat bandar Tawau setiap hari dan jumlah itu dianggap tinggi.

“Justeru, mereka yang bekerja di pusat bandar dan petugas barisan hadapan sahaja dibenarkan masuk sebelum jam 9 pagi,” katanya.

Menurut Nasir, selain daripada itu, orang ramai hanya dibenarkan bergerak masuk ke pusat bandar bermula jam 9 pagi seperti yang berlaku hari ini.

“Diharapkan menerusi kaedah ini, pihak berkuasa dapat melakukan kawalan agar hanya mereka yang mempunyai keperluan mendesak sahaja pergi ke bandar.

“Saya berharap orang ramai dapat merancang pergerakan harian termasuk berkaitan perbelanjaan harian agar tidak kerap keluar rumah,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tangani Masa Menunggu Lama, KKM Perluas Sistem Temu Janji MySejahtera

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia