web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jejambat Retak: LLM, Konsesi SPE Sudah Diarah Turun Padang - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2024 9:01AM

Keretakan pada sebuah jejambat di Jalan Cheras yang dikatakan semakin besar - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan ke atas keretakan yang berlaku pada sebuah jejambat di Jalan Cheras, di sini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, turut diarah turun ke lokasi malam tadi ialah wakil syarikat konsesi lebuh raya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).

Menurut beliau, keretakan pada jejambat tersebut amat dipandang serius kerana ia melibatkan nyawa pengguna jalan raya.

“Saya amat memandang serius perkara ini.

“Saya telah mengarahkan @LLMrasmi dan syarikat konsesi lebuhraya SPE untuk turun ke tapak pada malam ini (malam tadi) juga bagi membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera,” katanya menerusi ciapan.

Tegas Alexander Nanta, keselamatan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat dititik beratkan.

Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap ciapan sebuah akaun #UpdateInfo, yang memuat naik gambar keretakan pada jejambat berkenaan.

Foto dirakam Abdul Rahman A Samad itu dengan jelas memaparkan keretakan yang semakin besar, sekali gus berpotensi mengundang bahaya kepada pengguna lain.

“Eh flyover ni makin besar crack ke? Member tadi tengok. Dekat Jalan Cheras,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan pantas Alexander Nanta  memberi maklum balas menerima pujian netizen.

Mereka menyifatkan beliau sebagai seorang menteri yang sentiasa cakna dan prihatin dengan setiap aduan dibuat.

“Terima kasih atas kepantasan bertindak.

“Menjaga nyawa adalah top priority,” kata Adam Yusuf di akaun @adamyusuf88. - Getaran, 8 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 2 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar