web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NUTP Mohon Tangguh Program Tidak Berkaitan, Fokus PdPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 11:53AM

NUTP meminta agar beberapa program ditangguhkan sementara waktu untuk membolehkan guru memberikan tumpuan penuh kepada PdPR. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta Kementerian Pendidikan menangguhkan beberapa program buat sementara waktu bagi membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). 

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata sekiranya program berkenaan diteruskan, ia  hanya akan menambah beban dan mengganggu tumpuan guru semasa pelaksanaan PdPR.

Beliau berkata antara program yang perlu ditangguhkan itu ialah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25); pelaksanaan kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); Dialog Prestasi;  Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). 

“NUTP mengalu-alukan pelaksanaan program yang telah disusun atur, namun NUTP berpandangan fokus utama pendidikan ketika negara sedang bertungkus-lumus membendung penularan COVID-19 ini adalah dengan memperkukuh lagi pelaksanaan PdPR dengan membuat perancangan yang lebih berstruktur dan tersusun,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tan berkata PdP secara bersemuka ketika ini kerap tergendala sehingga murid terpaksa belajar dari rumah.

Justeru, beliau berkata kejayaan pelaksanaan PdPR adalah amat penting supaya tiada murid yang tercicir dan ketinggalan dalam pendidikan terutamanya murid di kawasan pedalaman dan daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Para pendidik perlu memberi tumpuan penuh kepada PdPR kerana murid dilihat masih belum mendapat pendidikan sempurna sejak dua tahun kebelakangan ini akibat COVID-19,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menyatakan sesi pembelajaran selepas cuti pertengahan tahun ini diteruskan dengan kaedah PdPR selama 25 hari mengikut kumpulan negeri masing-masing. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia