web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Kemas Kini MySejahtera Bukan Kesalahan, Kompaun Dibatalkan - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jun 2021 9:26PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera bukan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan tidak perlu dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu beliau berkata, kompaun yang telah dikeluarkan oleh mana-mana penguat kuasa atas kesalahan tersebut, perlu dibatalkan.

“Pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP (prosedur operasi standard), yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Sabtu lalu, dilaporkan seramai 29 pekerja syarikat minyak dan gas dilapor dikompaun RM2,000 setiap orang, manakala dua pekerja kilang memproses ayam dikenakan RM1,500 setiap orang, kerana tidak mengemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera, ketika memasuki tempat kerja.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid kemudian dipetik sebagai berkata, kompaun tersebut akan dibatalkan.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, walaupun perkara tersebut tidak menjadi kesalahan di bawah Akta 342, rakyat perlu berintegriti dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aplikasi tersebut.

Ini kerana beliau berkata, MySejahtera merupakan aplikasi dibangunkan kerajaan bagi membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara, dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

“Justeru, aplikasi ini bukan hanya untuk mengimbas sekiranya memasuki sesuatu tempat, tetapi lebih penting adalah melakukan kemas kini setiap hari, malah setiap masa sekiranya perlu bergantung kepada pergerakan serta aktiviti kita pada hari terbabit.

“Sebagai rakyat kita bukan hanya perlu jujur dalam memberikan maklumat berkaitan diri kita, tetapi juga memegang amanah untuk memastikan setiap maklumat diberikan adalah tepat dan benar,” katanya.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, syarikat atau kilang yang melanggar SOP antaranya dengan beroperasi lebih masa dan ingkar arahan bekerja dari rumah, kompaun hanya dikenakan kepada majikan dan bukan pekerja.

“Jika ia berlaku, maka tindakan penguatkuasaan perlulah dibuat kepada majikan atau syarikat, kerana kesalahan bukan dilakukan pekerja kerana mereka terpaksa akur arahan majikan.

“Maka tindakan kompaun boleh dikeluarkan kepada pihak syarikat, kilang atau majikan, yang memberikan arahan,” katanya.

Menurutnya sejak 1 Jun sehingga kini, sebanyak 41 kompaun telah dikeluarkan ke atas premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP PKP 3.0.

Sementara itu katanya, beberapa lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 9 sehingga 22 Jun ini, iaitu di Taman Perdana, Lahad Datu; Kampung Narandang, Kudat dan Kampung Tanjung Batu Darat, Taman Apas Permai,  Bandar Sri Indah, Taman Megah Jaya serta Jalan Budi, Sri Tanjung di Tawau.

Turut dikenakan PKPD ialah Politeknik Sultan Azlan Shah, Muallim, Perak untuk tempoh sama.

Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa PKPD di Taman Seri Ketiau dan Taman Desa Seri Ketiau di Putatan; Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah serta di tiga mukim di Lipis, Pahang, akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Manakala PKPD Bandar Triang, Bera, Pahang yang dijadualkan tamat 11 Jun, turut ditamatkan esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia