web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ghairah Beli iPhone, Pelajar Rugi Lebih RM17,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jun 2021 4:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Keghairahan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menggunakan wang dari akaun milik ayahnya untuk membeli telefon pintar bertukar 'mimpi ngeri' apabila kerugian lebih RM17, 000, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa yang berusia 20 tahun itu pada awalnya tertarik untuk membeli telefon iPhone 12 Pro Max yang dijual pada harga RM1, 800 melalui Instagram.

Beliau berkata, pemuda itu kemudiannya berhubung dengan suspek melalui WhatsApp lalu diberikan nombor akaun bank untuk proses pembayaran.

"Pembayaran dibuat mangsa pada 12 Mei bulan lalu dengan jumlah RM1, 800 dan keesokan harinya dia menerima pesanan WhatsApp daripada suspek mengatakan telefon berkenaan akan diposkan dari Singapura," katanya.

Menurut beliau, bagaimanapun mangsa perlu membuat beberapa pembayaran iaitu bayaran cukai penghantaran dan deposit kastam bagi mendapatkan telefon pintar itu.

"Jika mangsa tidak membuat bayaran seperti yang diminta dia akan dikenakan tindakan undang- undang.

"Tanpa berfikir panjang dia kemudian mengikut arahan suspek dengan memasukkan wang sehingga RM17, 200 melalui enam transaksi pembayaran ke dua akaun bank berbeza yang diberikan kepadanya," katanya.

Ujar Sundra Rajan, mangsa memaklumkan pembayaran dibuat menggunakan wang milik bapanya.

"Mangsa yang mempunyai akses keatas akaun Maybank2U itu membuat pembayaran tanpa pengetahuan bapanya.

"Selepas pembayaran dibuat sehingga ke hari ini, mangsa masih belum menerima telefon seperti yang dijanjikan sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Selandar, Jasin," katanya.

Beliau berkata, semakan dilakukan polis mendapati, nombor akaun yang diberikan kepada mangsa turut terbabit dengan sembilan laporan polis, menggunakan modus operandi sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis mengingatkan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang tawaran penjualan di atas talian," katanya. - Getaran, 8 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia