web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2024 6:05PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Seorang wanita dan anak perempuannya maut dalam perjalanan ke sekolah selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis MPV di Jalan Kuala Kangsar-Manong, Kuala Kangsar pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata kejadian kira-kira 7 pagi itu turut membabitkan seorang lagi kanak-kanak perempuan yang duduk di bahagian tempat duduk belakang dan hanya mengalami cedera ringan.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Honda City berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis MPV Toyota Vellfire yang membabitkan tiga orang mangsa yang menaiki kereta Honda City.

"Seorang wanita dewasa (pemandu) dan seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemandu Toyota Vellfire tidak mengalami sebarang kecederaan dan anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa yang cedera diserahkan pada pihak KKM untuk menerima rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Khalid Mohd Idris itu tamat pada 9.10 pagi. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 23 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Luar Negara 23 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan