web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buaya Jantan Sepanjang 15 Kaki Ditemukan Mati Di Sungai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 8:05AM

Buaya jantan ini ditemui terapung oleh penduduk di sungai Kampung Teluk Peribu, Bagan Serai semalam dan dipercayai telah mati dalam 2 atau 3 hari lalu. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Seekor buaya jantan sepanjang lima meter (15 kaki) seberat kira-kira 400 kilogram, ditemukan mati terapung oleh penduduk kampung di sungai di Kampung Teluk Peribu petang semalam.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Sharif berkata buaya jantan itu yang ditemui terapung kira-kira jam 4 petang semalam itu dipercayai telah mati dalam dua hingga tiga hari sebelum ditemukan terapung oleh penduduk.

Beliau berkata ketika ditemui, badan haiwan ini sudah mereput dan giginya juga telah luruh dan percaya ia mati kerana faktor usianya yang tua.

“Bangkai buaya itu telah ditarik naik ke daratan dengan menggunakan traktor penduduk setempat, setelah cubaan menarik mengunakan kenderaan gagal kerana berat haiwan itu.

“Kita telah menanam bangkai haiwan itu pada malam tadi bagi mengelakkan pencemaran,” katanya.

Sementara itu Mohamad Norlishazany Rosli, 24, yang menemui bangkai buaya tersebut berkata, beliau pada mulanya menyangkakan objek besar yang dilihatnya terapung dan tersangkut pada tumbuhan air itu merupakan pohon kayu yang hanyut.

Bagaimanapun selepas diamati barulah disedari ia seekor buaya dan terus menghubungi rakannya untuk pergi melihatnya menggunakan sampan secara dekat.

“Setelah sampai ke tempat buaya itu didapati ia sudah mati lalu kami mengambil tali untuk mengikat bangkai buaya berkenaan untuk menariknya ke tepi tebing sungai.

“Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di sini telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Gula untuk memaklumkan penemuan bangkai buaya itu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia