web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Pakai Pelitup Muka, Tajuddin Dikompaun RM1,500

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 11:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun sebanyak RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara pada 25 Mei lepas. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kompaun dikenakan atas kesalahan itu di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 seperti disyaratkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan Tajuddin, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, tidak memakai pelitup muka ketika sidang media tersebut.

Antara yang turut dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung ciapannya di Twitter berkaitan tindakan Tajuddin itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia