web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,180,744 Penerima Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19 - JKJAV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 2:18PM

Hampir 1.2 juta individu sudah menerima 2 dos suntikan vaksin COVID-19 di negara ini sehingga semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,180,744 individu telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini setakat Selasa, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi satu hantaran Facebook berkata, seramai 2,609,377 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,790,121 dos setakat semalam.

Menurut jawatankuasa itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi untuk penerima kedua-dua dos iaitu 152,215 diikuti Sarawak (124,820), Kuala Lumpur (108,740), Perak (108,381) dan Johor (107,192) dos.

“Bagi jumlah harian suntikan vaksin yang diterima setakat jam 11.59 malam tadi, seramai 105,722 telah menerima dos pertama dan 45,587 lagi berjaya melengkapkan dos kedua,” kata JKJAV.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua bermula April hingga Ogos tahun ini bakal melibatkan 9.4 juta warga emas, golongan rentan dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Fasa ketiga yang dimulakan bulan lalu hingga Februari 2022 pula disasarkan untuk individu berusia 18 tahun ke atas, termasuk bukan warga negara dengan anggaran 13.7 juta penerima atau lebih.

Dianggarkan 500,000 petugas barisan hadapan khususnya dari jentera perubatan menerima vaksin masing-masing pada fasa pertama PICK, seawal Februari lalu. - Getaran, 9 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia