KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Allahyarham berusia 86 tahun
Pemergian Allahyarham disahkan adik iparnya, bekas penasihat kewangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Difahamkan, Daim meninggal dunia pada jam 8.21 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Assunta di Petaling Jaya.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 16 Oktober lalu.
Punca kematian bagaimanapun masih belum diketahui. Sepanjang hidupnya, Allahyarham pernah dua kali dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1984 hingga 1991 dan 1999 hingga 2001.
Kedua-dua pelantikan berkenaan adalah di bawah pentadbiran Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Sepanjang berkhidmat, beliau memainkan peranan uatama membantu menguruskan hal ehwal kewangan negara ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi. -
Getaran dimaklumkan, solat jenazah akan diadakan selepas Asar nanti di Masjid Wilayah di Jalan Duta di sini - Getaran, 13 November 2024