web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih Ada Tolak Vaksin Kerana Percaya Khabar Angin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 9:53PM

Salah seorang daripada penghuni Kompleks Asnaf MUIP menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tindakan segelintir pihak yang masih mempercayai khabar angin mengakibatkan terdapat waris atau penjaga menolak pemberian vaksin COVID-19 ditawarkan untuk warga emas di bawah jagaan mereka. 

Pegawai Kesihatan Keluarga Daerah Kuantan, Dr Rashidah Abdul Rahman berkata, senario seperti itu amat mengecewakan, apatah lagi sedia dimaklumi golongan warga emas adalah antara yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

Menurut beliau, sikap tidak bertanggungjawab ini hanya menyukarkan usaha kerajaan membendung penularan virus maut itu.

 Dr Rashidah Abdul Rahman 
Dr Rashidah Abdul Rahman 

“Keputusan waris dan penjaga ini juga dilihat bakal memberi impak terhadap usaha kerajaan mencapai sasaran imuniti berkelompok menjelang hujung tahun ini.

“Kebiasaannya antara alasan mereka menolak ialah disebabkan takut dengan kesan sampingan kerana mendengar cerita tidak tepat dan saya nasihatkan, mereka dapatkan maklumat daripada pihak yang mempunyai pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program suntikan vaksin dos kedua kepada penghuni Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), dekat sini, hari ini.

Seramai 30 penghuni kompleks berkenaan menerima dos kedua vaksin jenis Pfizer, selepas suntikan dos pertama pada 3 Mei lalu.

Dr Rashidah yang juga Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah berkata, secara keseluruhan, seramai 254 penghuni warga emas yang ditempatkan di rumah jagaan dijangka melengkapkan dua dos vaksin masing-masing hari ini.

Selain warga emas, unit vaksinasi bergerak Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan turut melakukan proses suntikan vaksin kepada penghuni rumah jagaan orang kelainan upaya (OKU).

Zam Badu
Zam Badu

Sementara itu, seorang penghuni, Zam Badu, 74, sangat teruja menerima dos kedua vaksin berkenaan sempena hari lahirnya hari ini. 

"Memang kebetulan sempena hari lahir saya, macam hadiah juga dan saya sangat gembira kerana sudah lengkap kedua-dua vaksin hari ini. 

"Tidak ada masalah dan tidak ada kesan sampingan, justeru saya nasihatkan kepada kawan-kawan lain untuk menerima vaksin kerana inilah caranya untuk kita melindungi diri daripada ancaman wabak yang sangat bahaya ini," katanya yang berasal dari Gopeng, Perak dan menetap di situ sejak tiga tahun lalu. 

Seorang lagi penghuni, Syed Ahmad Syed Zin, 78, berkata tidak ada kesan sampingan dialaminya selepas suntikan dos pertama awal Mei lalu.

“Setakat demam sikit itu, biasalah lagi pun kita sudah berusia, selalu juga demam. Namun, kalau kesan (sampingan) lain, memang tidak ada,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia merasa takut untuk menerima suntikan vaksin, Syed Ahmad berkata, pada awalnya memang dia rasa bimbang selepas membaca pelbagai cerita mengenai kesan selepas menerima vaksin, namun perasaan itu hilang selepas mendapat maklumat tepat daripada pihak berkaitan. – Getaran, 9 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad