web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun M Tiba Di Istana Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 2:11PM

Tun Mahathir tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Kenderaan yang membawa Dr Mahathir yang merupakan pengasas Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dilihat memasuki pintu 2 Istana Negara sekitar jam 2.00.

Kehadiran Tun didahului oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dijemput menghadap Seri Paduka sekitar jam 10 hingga 11 pagi tadi.

Perjumpaan ini adalah rentetan daripada panggilan menghadap pemimpin parti-parti politik dengan baginda yang bermula semalam dan dijangka berakhir esok.

Sehingga kini, kesemua pemimpin yang telah menghadap Seri Paduka memberitahu, mereka hanya membangkitkan isu semasa melatari negara dan pembukaan semula sidang Parlimen.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga akan mempengerusikan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Rabu depan.

Menurut kenyataan dari Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin semalam, perjumpaan itu adalah berkaitan dengan usaha memerangi penularan wabak COVID-19 yang dilaksanakan sepanjang tempoh darurat.

Setakat ini, antara yang dilihat sudah mengadap baginda adalah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim GuanEng. - Getaran, 10 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad