web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Menurun Di Terengganu, Sila Kekalkan SOP - Dr Nor Azimi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 11:41AM

Dr Nor Azimi Yunus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Terengganu - Biarpun tren pesakit COVID-19 di Terengganu menunjukkan penurunan, ia tidak harus dijadikan petanda bahawa situasi pandemik itu sudah terkawal, kata Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus.

Menurut beliau, persepsi seumpama itu amat berbahaya kerana boleh menyebabkan masyarakat kembali leka, hingga akhirnya kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) menjadi longgar.

“Jika ini berlaku dikhuatiri bilangan kes akan memuncak semula. Kita masih belum menang walaupun berusaha keras untuk itu.

“Kekalkan momentum kepatuhan SOP supaya lekuk epid akan terus landai hingga mencecah lantai graf,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dr Nor Azimi pada masa sama turut berkongsi kisah kluster terbaharu di Terengganu, membabitkan seorang pesakit warga emas berusia 67 tahun yang meninggal dunia akibat virus maut itu.

Wabak berkenaan jelas beliau lagi, turut menjangkiti sembilan lagi ahli keluarga mangsa.

“Siasatan mendapati ada ahli keluarga Pok Mat (nama samaran) balik dari Selangor sewaktu musim hari raya untuk menziarahi beliau.

"Mereka mungkin fikir kisah itu (jangkitan COVID-19) berakhir di sini, tetapi malangnya tidak," katanya.

Beliau memberitahu, Jabatan Kesihatan telah mengesan satu lagi kes positif COVID-19, juga melibatkan warga emas di kampung  yang berlainan, setelah saringan bergejala dibuat pada 2 Jun lepas.

"Saringan ke atas kontak rapat mendapati, 63 lagi telah disahkan positif.

"Siasatan lanjut jabatan juga mengesahkan, wujud kaitan epidemiologi antara pesakit dengan Mat sebelum itu," katanya.

 Mengulas lanjut Dr Nor Azimi berkata, jangkitan tersebar apabila jiran Pak Mat datang ke kampung tersebut bagi menziarahi rakannya.

"Saya berkongsi kisah kluster kerana mahu masyarakat mengambil iktibar supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

"Kebanyakan kes positif COVID-19 di kalangan warga emas berlaku ke atas pesakit yang uzur dan tidak boleh bergerak, sehingga akhirnya meragut nyawa mereka," katanya.

Sejumlah besar kes positif juga jelas beliau, dikesan berlaku akibat perbuatan yang pada zahirnya berniat baik, seperti menziarahi rakan atau keluarga.

“Saya banyak kali ulang tiada gejala tidak bermaksud bukan COVID-19. Tiada gejala bukan tiket untuk pergi ke sana atau ke sini. Kebanyakan pesakit bertegas mengatakan mereka tidak bergejala dan mempersoalkan keputusan apabila disahkan positif.

"Di Terengganu sahaja, 63% kes positif tidak menunjukkan sebarang gejala, masyarakat perlu ambil berat hal ini,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan