web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


28 Pulau Dan Internet, Cabaran Program Vaksinasi Di Semporna

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 12:33PM

Sebahagian daripada penduduk di Semporna yang mendapatkan vaksin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Penempatan penduduk di 28 buah pulau dan masalah liputan internet menjadi antara cabaran utama program vaksinasi di daerah ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Dr Shameer Khas Sulaiman berkata, keadaan itu menyebabkan bilangan penduduk yang mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19 masih rendah iaitu sekitar 10,000, berbanding jumlah sebenar penghuni iaitu lebih 140,000 orang.

Menurut beliau, sejumlah 1,000 penduduk pula mendaftar menggunakan aplikasi My Sejahtera, menyebabkan Jabatan Kesihatan Daerah Semporna (JKDS) terpaksa mengambil pendekatan turun padang atau 'out reach' di kawasan penduduk.

"Berikutan masalah internet, kami melakukan pendaftaran secara manual sebelum memasukkan semua data penduduk ke dalam talian sebaik pulang ke pejabat JKDS," katanya kepada media, baru-baru ini.

Dr Shameer Khas Sulaiman
Dr Shameer Khas Sulaiman

Menurut Dr Shameer, kaedah itu dilihat lebih praktikal sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk divaksin.

"Buat masa ini, program 'out reach' dilakukan di tanah besar seperti Bugaya sebelum bergerak ke pulau menggunakan bot klinik.

"Selepas dua hari program, lebih 300 penduduk di Bugaya berjaya divaksin dan masih mendapat permintaan dalam kalangan penduduk," katanya.

Pada masa sama jelas beliau, suntikan vaksin turut diberikan kepada petugas barisan hadapan untuk sektor ekonomi, seperti peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Dr Shameer, selepas pihak berkuasa, golongan ini juga dianggap penting kerana mereka diperlukan untuk sektor ekonomi dan pembangunan masyarakat setempat.

"Ini kerana mereka perlu berurusan secara langsung dengan penduduk dalam menyalurkan bantuan dan sebagainya.

"Justeru, mereka menjadi antara golongan sasar vaksinasi, di sini, bagi mengurangkan risiko kematian atau jangkitan kronik akibat virus COVID-19.

Tambah Shameer pihaknya menjangkakan 12,000 penduduk perlu divaksinasi dalam usaha ke arah pembentukan imuniti berkelompok di daerah ini. - Getaran, 12 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad