web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kebenaran Umat Islam Luar Arab Saudi Tunai Haji Tahun Ini 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:30PM

Hanya warganegara Arab Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada di dalam negara itu sahaja dibenarkan menunaikan haji bagi musim 1442H ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibadah haji bagi musim 1442H hanya dibenarkan kepada rakyat Arab Saudi dan warganegara lain yang menetap di dalam negara itu sahaja.

Mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketetapan tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdelfattah Sulaiman Mashat, yang menghubunginya hari ini.

Menurutnya, keputusan kerajaan Arab Saudi itu adalah susulan kepada situasi semasa pandemik COVID-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.

“Sebentar tadi saya menerima panggilan telefon daripada Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdelfattah Sulaiman Mashat, berkenaan keputusan kerajaan Arab Saudi bagi penglibatan jemaah haji daripada negara luar bagi Musim Haji 1442H.

“Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi Musim Haji 1442H dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja,” katanya hari ini.

Akur dengan keputusan itu, Zulkifli berkata, kerajaan Malaysia, tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H seperti ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah haji diuruskan dengan sebaiknya oleh Lembaga Tabung Haji, selaras dengan prosedur operasi standard(SOP) ditetapkan negara berkenaan.

“Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada Khadimul Haramain Raja Salman bin Abdulaziz dan kerajaan Arab Saudi yang sentiasa menjaga dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Malaysia.

“Hal seperti ini akan menambahkan lagi keakraban hubungan dua hala antara dua negara yang sudah kukuh sejak sekian lamanya,” katanya.

Zulkifli pada masa sama turut memohon kemaafan kepada semua bakal jemaah Haji kerana terpaksa menangguhkan ibadah Haji pada tahun ini.

“Keputusan ini sudah pasti amat berat dan sukar untuk diterima, tetapi kita tetap yakin dengan hikmah di sebalik keputusan tersebut,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan