web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penghantar Makanan Ditahan, Awas Pihak Ambil Kesempatan Kutip Derma - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 9:43AM

Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis percaya ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan melancarkan tabung kutipan derma, kononnya untuk membantu menjamin lima penghantar makanan yang ditahan susulan pergaduhan dengan pelanggan di Sungai Way, Petaling Jaya.

Tabung kutipan derma yang dilancarkan dengan nama 'Tabung Kilat Ikat Jamin Rider Foodpanda' itu dikesan dimuatnaik di laman sosial Facebook, dengan dakwaan bayaran ikat jamin sekitar RM3,000 hingga ke RM4,000 seorang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid, berkata hantaran itu dikesan dimuatnaik oleh sebuah pertubuhan dengan nama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran bagi ikat jamin terhadap orang kena tangkap (OKT).

"Polis mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan derma bagi kepentingan peribadi.

"Justeru, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menjalankan siasatan terhadap hantaran dimuatnaik oleh persatuan terbabit," katanya pagi ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan sebarang hantaran membabitkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya yang melibatkan sebarang kutipan derma.

"Masyarakat juga dinasihatkan untuk membuat semakan dengan polis terlebih dahulu sebagai pencegahan awal sebelum menjadi mangsa penipuan media sosial," katanya.

Jumaat lalu, polis menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun yang tidak berpuas hati dengan seorang pelanggan kerana didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan itu dan menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan tersebut.

Keadaan ini menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan lain yang seterusnya pergi ke rumah pelanggan berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan