web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Pangea 2021, 2,600 Laman Sesawang Disekat, Rampas Ubat RM2.2 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 11:19AM

Operasi Pangea 2021 telah mengesan 2,600 laman sesawang termasuk Dark Web yang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akses 2,600 laman sesawang termasuk Dark Web yang dikesan menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar disekat dalam Operasi Pangea 2021 baru-baru ini.

Operasi berkenaan turut melibatkan rampasan pelbagai jenis ubat bernilai lebih RM2.2 juta.

Ini adalah kali kesembilan Malaysia terbabit dalam operasi seumpama itu bermula 18 hingga 25 Mei lalu, yang turut melibatkan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa seperti National Central Bureau (NCB)/Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, operasi berkenaan memberi tumpuan terhadap penjualan ubat-ubatan dan peranti perubatan yang disalahgunakan bagi tujuan rawatan COVID-19.

Katanya, sebanyak 2600 laman sesawang termasuk Dark Web yang dikesan menjual produk farmaseutikal menyalahi peruntukan undang-undang telah dipantau, disiasat dan diambil tindakan. 

"Operasi Pangea XIV juga menunjukkan bahawa penjual yang tidak bertanggungjawab terus menerus mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual produk perlindungan untuk wabak COVID-19. 

"Buktinya, ubat-ubatan terkawal yang dikatakan untuk rawatan COVID-19, pelitup muka, thermometer, sarung tangan, gaun pembedahan, test-kit, nasal aspirator dan swab beralkohol yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan banyak dijual di dalam talian," katanya hari ini

Menurut beliau, turut dikesan adalah trend peningkatan penjualan bahan psikotropik oleh penjual yang tidak bertauliah di platform sama.

Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 972 bungkusan pos telah diperiksa, dengan 157 bungkusan daripadanya dirampas apabila didapati mengandungi 9,115 unit produk farmaseutikal tidak berdaftar, membabitkan nilai RM108,352.

"Berbanding dengan Operasi Pangea pada tahun lalu, lebih 60 peratus produk dirampas pada tahun ini adalah ubat-ubatan terkawal di bawah Akta Racun 1952. 

"Sebanyak 18 peratus daripada ubat-ubatan terkawal yang dirampas adalah di bawah kategori bahan psikotropik manakala selebihnya adalah ubat darah tinggi, kencing manis, pil gugur, ubat anti inflammatory dan lain-lain dengan sebahagian besar tidak berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Menurutnya, sebanyak 961 unit ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM42,213 dirampas dalam pemeriksaan di semua pintu masuk utama di seluruh negara, melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri.

"Sebanyak 94 premis perniagaan menjual produk farmaseutikal yang tidak berdaftar dan juga premis mengedarkan bahan psikotropik tidak berdaftar turut diserbu. 

"Dalam serbuan tersebut, 61,864 unit produk farmaseutikal menyalahi peruntukan undang-undang dirampas dengan nilainya dianggarkan sebanyak RM2,071,855," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan produk kesihatan yang dijual mempunyai pelekat keselamatan hologram dan nombor pendaftaran produk sebelum membeli produk tersebut. 

"Status pendaftaran produk boleh disemak dengan melayari laman sesawang http://www.npra.gov.my di ruangan “Product Status”," katanya. - Getaran, 13 Jun 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan