web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Jam Alih Buaya Tembaga Lebih 200 Kilogram 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 1:12PM

Seekor buaya tembaga yang ditangkap orang ramai di Kampung Lobong, Pulau Gaya, telah dipindahkan ke Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seekor buaya tembaga yang ditangkap orang ramai di Kampung Lobong, Pulau Gaya, berjaya dipindahkan ke Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi, semalam.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah mengambil masa lebih empat jam untuk memindahkan reptilia sepanjang 4.4 meter itu dari Pulau Gaya ke Menara Penyelamat Pantai APM, Tanjung Aru menggunakan bot sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, Kolonel Sharudin Md Zain berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kewujudan haiwan tersebut pada jam 6.06 petang.

"Sepasukan pegawai dan anggota APM dikejarkan ke lokasi sebelum menemui haiwan itu dalam keadaan terikat akibat ditangkap penduduk kampung.

"Anggota bertugas kemudian mengemaskan ikatan tali yang ada dan menutup kepala buaya itu dengan kain bagi memudahkan urusan pemindahan dilakukan," katanya, hari ini.

Terdahulu, sekumpulan penduduk kampung gempar selepas melihat kelibat haiwan tersebut seawal jam 8 pagi, di perairan Pulau Gaya sebelum bertindak mengekori reptilia berkenaan kerana dikhuatiri akan menyerang manusia.

Penduduk turut memasang perangkap dan mengepung buaya itu sebelum berjaya ditangkap sembilan jam kemudian.

Buaya tembaga seberat 200 kilogram ini dibawa ke Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi, awal pagi tadi.
Buaya tembaga seberat 200 kilogram ini dibawa ke Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi, awal pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, buaya tembaga dengan berat dianggarkan lebih 200 kilogram itu dibawa ke Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk pemeriksaan, awal pagi tadi.

"Kami juga sedang meneliti lokasi yang sesuai untuk penempatan semula haiwan liar tersebut. 

"Sekalung penghargaan buat penduduk, APM dan polis yang turut bekerjasama menjaya misi ini," katanya. - Getaran, 13 Jun 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan