web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Menurun Kepada 5,304 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 10:11PM

Dr Noor Hisham Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah jangkitan harian COVID-19 di seluruh negara menurun kepada 5,304 kes hari ini.

Ini adalah jumlah kedua terendah sejak kes harian melonjak melepasi 5,000 bermula 19 Mei lalu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 657,508 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan pertambahan 1,973 jangkitan diikuti Sarawak (544 kes) dan Kuala Lumpur (462 kes).

“Negeri-negeri lain termasuk Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Kedah (301), Pulau Pinang (256), Kelantan (179), Labuan (158), Melaka (145) dan Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46), Putrajaya (7) dan Perlis (5),'' katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, 64 kematian baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 3,908.

"Lima kes import turut dicatatkan manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 73,324," katanya.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, jumlah kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 917 dan daripada jumlah itu, 452 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Manakala, jumlah kes sembuh melebihi jumlah baharu iaitu sebanyak 8,163 kes, menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 580,276, ” ujarnya. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan