web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh Pusat Penyelidikan Vaksin Nasional Tangani Isu Bekalan - MEF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 8:57AM

MEF gesa kerajaan mencari pakar dan sumber tempatan bagi menangani isu bekalan vaksin untuk jangka panjang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan mencari pakar dan sumber tempatan bagi menangani isu bekalan serta keberkesanan vaksin jangka panjang melalui penubuhan pusat penyelidikan vaksin nasional.

Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman JP berkata kerajaan telah melakukan usaha yang baik dengan penubuhan pelbagai pusat vaksinasi sama ada dalam bentuk mega dan unit bergerak selain melibatkan klinik serta hospital swasta bagi membantu usaha itu serta menggerakkan kor perubatan angkatan tentera.

“Bagaimanapun, ketika kita merancang infrastruktur logistik dan pusat vaksin, perlu ada strategi menyeluruh bagi bekalan vaksin.

“Berdasarkan situasi itu dan matlamat untuk menjaga kesihatan serta keselamatan Rakyat daripada COVID-19 dan pandemik serupa pada masa akan datang, adalah penting untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan vaksin nasional berasaskan kepakaran dan sumber tempatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hussain berkata Malaysia perlu menubuhkan pusat penyelidikan vaksin khusus untuk melihat prospek jangka panjang dalam menghasilkan vaksin Malaysia sendiri.

“Malaysia memiliki kemudahan akademik serta penyelidikan saintifik dan pakar tempatan kita juga telah diiktiraf di peringkat global kerana menghasilkan vaksin bagi virus Nipah selain menangani SARS, H1N1 dan lain-lain sebelum ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad