web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelitup Muka, Penjarakan Sosial Hanya Langkah Sementara Tangani COVID-19 - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 10:42PM

Anwar Ibrahim

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial hanyalah satu langkah berisifat sementara dalam menangani pandemik COVID-19, kerana apa yang benar-benar diperlukan negara sekarang ini adalah kempimpinan teguh berlandaskan kemantapan sains.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemantapan sains bererti kerajaan harus telus dan jelas dengan data-data yang dipertontonkan kepada rakyat, contohnya bersifat konsisten dengan jumlah harian ujian pengesahan (testing) COVID-19.

“Testing mesti konsisten. Jangan berubah-rubah hari demi hari. Ini kerana jumlah kes positif harian tertakluk kepada jumlah testing yang dilakukan. Data mesti lebih terang, jangan ada kekeliruan,” katanya dalam satu sidang maya melalui aplikasi Zoom, khusus membincangkan kaedah untuk memimpin negara pasca COVID-19 dan melonjak semula ekonomi.

Kepimpinan yang berpaksikan ketelusan data tambah Anwar, akan membantu memacu kerajaan dalam melaksanakan inisiatif yang berkesan demi melonjakkan semula ekonomi, selepas ia merudum gara-gara belenggu COVID-19.

“Janganlah kita terlalu ghairah nak pacu ekonomi sampai terwujudnya masalah lain seperti sekarang ini. Kita buka kilang, tapi gagal memastikan kilang-kilang tersebut patuh SOP (prosedur operasi standard) maka kes jangkitan pun naik,” katanya.

Sepanjang sesi itu, Anwar turut menggesa kerajaan supaya terus memberikan rakyat suntikan kewangan yang berterusan, terutamanya bagi mereka berpendapatan rendah, agar dapat membantu golongan berkenaan mengharungi tempoh getir ini.

“Kalau kena pinjam (dari sumber lain) pun, pinjamlah. Kalau terpaksa berhutang pun biarlah. Bukannya meminjam untuk buat projek mega atau pembangunan yang membazir tetapi untuk bantu rakyat,” tegasnya.

Beliau turut mengulangi kritikan terhadap cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dikemukakan bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

“Ada orang nak menangguk di air keruh. MAGERAN ini adalah satu usaha untuk dia kembali berkuasa menggunakan undang-undang darurat. Tidak ada sebab, Malaysia perlu meneruskan darurat.

“Saya pun tidak bersedia untuk memimpin negara jika tidak mendapat mandat dan sokongan daripada rakyat. Tidak ada sebab untuk dia membelakangi pendirian Ahli Parlimen lain yang mahu darurat ditamatkan,” bidas Anwar. – Getaran, 14 Jun 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad