web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 3:49PM

Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tiba di Istana Negara. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini bermula sebentar tadi.

Antara Raja-Raja Melayu yang berkenan mencemar duli menghadiri Perbincangan Khas itu adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut mencemar duli, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang memasuki Istana Negara sekitar jam 2.05 petang pula sempat melambai ke arah kumpulan petugas media yang membuat liputan di pekarangan Istana Negara, sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, setakat jam 3.40 petang tadi, kenderaan rasmi membawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V masih tidak kelihatan.

Pagar utama Pintu 1 Istana Negara ditutup pada jam 2.55 petang.

Dalam pertemuan hari ini, Raja-Raja Melayu dijadual mendapat taklimat khas dari Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang akan mengetuai beberapa ketua agensi kerajaan.

Selain Mohd Zuki, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menghadiri Perbincangan Khas itu.

Ia turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Perbincangan Khas itu yang juga inisiatif Yang di-Pertuan Agong diadakan bagi membincangkan usaha memerangi pandemik COVID-19 di negara ini, termasuk pelaksanaannya ketika tempoh darurat seperti sekarang. - Getaran, 16 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad