web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belasah Isteri Separuh Nyawa, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 12:20PM

Rosmaini Abd Raof, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Selepas 38 hari berjaya menyembunyikan diri daripada dikesan pihak polis, seorang suami yang bertindak kejam memukul isterinya hingga koma akhirnya ditahan 11 Jun lalu. 

Selepas direman, suspek yang juga seorang peniaga itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, sebelum mengaku tidak bersalah. 

Tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa yang dipercayai isteri ketiganya iaitu Jahidah Nordin @ Sylvester, 43.

Tertuduh didakwa memukul bahagian kepala, muka dan tangan serta menghentakkan kaki pada bahagian belakang tangan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin di sini, pada jam 6 pagi, 4 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (Kk) dan dibaca bersama Seksyen 336A akta sama. 

Tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda bagi Seksyen 325 KK, manakala Seksyen 326A membawa hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM30,000, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan masih menanggung tujuh anak dan tiga isteri.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan dia tidak boleh mengganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 25 Julai depan.

Pada 11 Jun lalu, lelaki itu ditahan polis di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi, ketika keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal. 

Tangkapan hanya berjaya dibuat selepas 38 hari laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa dan dipercayai selama tempoh itu, lelaki terbabit bersembunyi di rumah rakannya. 

Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) sebelum direman. 

Media sebelum ini melaporkan, Jahidah yang sedang hamil empat minggu parah selepas disyaki dipukul suaminya itu pada 4 Mei lalu.

Wanita yang juga kakitangan kerajaan itu mengalami kecederaan parah pada kepala, dengan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain keretakan pada bahagian rahang, tulang belakang dan rusuk.

Kejadian yang menimpa wanita itu menjadi tular selepas adik mangsa, Fazariah Nordin memuat naik keadaan kakaknya dalam laman sosial. - Getaran, 17 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad