web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CIDB Tawar Vaksin Pada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 2:19PM

CIDB menawarkan vaksinasi COVID-19 untuk 40,000 pekerja sektor pembinaan yang akan dilaksanakan di Kuala Lumpur pada 30 Jun serta seluruh Selangor pada 14 Julai. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini menawarkan vaksinasi COVID-19 untuk 40,000 pekerja dalam sektor pembinaan bagi mempercepat kadar vaksinasi barisan hadapan ekonomi.

''Ini bermakna majikan dalam sektor pembinaan hanya perlu membayar RM90 untuk setiap seorang pekerja yang divaksin.''

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu telah dipersetujui Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas menerima cadangan pelaksanaan program vaksinasi sektor berkenaan pada 14 Jun lepas.

“Melalui program ini, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas dan pegawai perubatan bertauliah serta pusat pemberian vaksin (PPV) manakala bekalan serta penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh kerajaan.

“Dalam hal ini, CIDB akan menyelaras dan memudah cara pelaksanaan program pemberian vaksin ini bagi pihak industri pembinaan. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan CIDB dalam membantu penggiat industri pembinaan terutamanya pada waktu yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadillah berkata caj pemberian vaksin yang akan dikenakan melalui program ini ialah RM140 seorang untuk dua dos suntikan vaksin yang lengkap, dan bagi meringankan beban kewangan pihak industri, CIDB akan memberikan subsidi RM50 untuk seorang pekerja selain menawarkan secara percuma premis CIDB sebagai PPV.

“Ini bermakna majikan dalam sektor pembinaan hanya perlu membayar RM90 untuk setiap seorang pekerja yang divaksin.

“Penyertaan untuk program ini adalah secara sukarela dan dalam hal ini penggiat industri pembinaan boleh memilih untuk mengadakan program pemberian vaksin sendiri kepada pekerja mereka dengan berurusan secara terus dengan CITF,” katanya.

Beliau berkata program pemberian vaksin berkenaan akan dilaksanakan di Kuala Lumpur pada 30 Jun serta seluruh Selangor pada 14 Julai.

Penggiat industri pembinaan yang ingin mendaftarkan pekerja mereka dalam program pemberian vaksin berkenaan boleh berbuat demikian bermula 21 Jun ini di laman web http://vaccine.cidblink.com atau hubungi talian 03-40428880 untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad