web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mimpi Ngeri Berakhir, Pencuri Pakaian Dalam Tumpas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 7:56PM

Antara pakaian dalam yang dirampas daripada seorang lelaki di Bandar Sunway, Petaling Jaya. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mimpi ngeri penghuni wanita di sebuah kondominium di Jalan PJS 10/11A dekat Bandar Sunway, Petaling Jaya, kini berakhir selepas seorang lelaki yang aktif mencuri pakaian dalam penduduk di kawasan terbabit berjaya ditahan.

Hobi pelik lelaki terbabit dikesan seorang penghuni kondominium, yang melihat suspek berlegar-legar di ruangan lif tingkat rumahnya dalam keadaan meragukan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fahkruddin Abdul Hamid berkata, penghuni itu yang juga wanita berusia 35 tahun mengesyaki suspek adalah individu bertanggungjawab ke atas kehilangan pakaian miliknya sebelum ini.

Katanya, selepas ditahan pihak pengurusan kondominium terbabit, suspek mengakui mencuri pakaian dalam wanita di perumahan itu.

“Suspek mengakui di hadapan suami mangsa dan pengurusan kondominium bahawa dia telah mencuri pakaian wanita sebelum menunjukkan tempat semua barangan itu disembunyikan, iaitu di dalam bilik tidur di rumahnya.

“Bertindak atas aduan mangsa, pada jam 12.15 tengah hari, suspek berusia 23 tahun itu ditahan polis dan sebanyak 58 helai pakaian wanita pelbagai jenama serta sebatang kayu yang diubahsuai turut irampas,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kayu terbabit dipercayai digunakan suspek untuk mencuri pakaian wanita di rumah mangsa.

Katanya, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan