web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cadangan Denda Grab RM86.77 JUTA: MYCC Mohon Kebenaran Rayu Keputusan Mahkamah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 7:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Grab Holdings Inc dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan suruhanjaya itu untuk mendenda mereka sebanyak RM86.77 juta.

MyCC memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan pada 18 Mei lepas melalui firma guaman Tetuan Lim Chee Wee Partnership.

Pada 19 April lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah memberi kebenaran kepada Grab Holdings, GrabCar Sdn Bhd dan MyTeksi Sdn Bhd memulakan semakan kehakiman berhubung cadangan MyCC untuk mendenda syarikat perkhidmatan e-hailing itu yang didakwa telah menyalahgunakan kedudukannya yang dominan.

Mahkamah Rayuan telah memerintahkan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran berhubung merit semakan kehakiman tersebut.

Hanipah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Grab dan anak syarikatnya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak memihak kepada mereka.

Dalam permohonan itu, MyCC meminta mahkamah memberikan kebenaran kepada suruhanjaya itu mengemukakan rayuan berhubung beberapa isu undang-undang yang mempunyai kepentingan awam.

Pada prosiding pengurusan kes itu hari ini, Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Rasidah Roslee mengarahkan MyCC memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya pada 8 Julai dan menetapkan 14 Sept sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya.

Peguam Annabel Tan mewakili MyCC manakala Grab Holdings dan anak syarikatnya diwakili Nimraat Kaur.

MyCC mendakwa Grab telah menyalahgunakan kedudukannya yang dominan dengan mengenakan beberapa klausa sekatan ke atas pemandunya bagi menghalang mereka mempromosi pesaing syarikat itu di platform e-hailing.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Grab dan anak syarikatnya untuk mendapatkan kebenaran memfailkan semakan kehakiman itu selepas memutuskan bahawa langkah tersebut adalah pramatang kerana keputusan berhubung cadangan MyCC belum dimuktamad. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan