web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Safiey Ilyas Bebas Reman, Kertas Siasatan Diserah Ke DPP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 8:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman terhadapnya tamat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Dah dibebaskan dengan jamin polis, sementara nak lengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Pengasas produk kosmetik itu ditahan 11 Jun lalu atas dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Dia direman selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Bagaimanapun tempoh remannya dilanjutkan dua hari lagi sebelum dibebaskan kelmarin.

Safiey Ilias diburu polis gara-gara berkelakuan lucah di hadapan dua remaja termasuk menggoyangkan buah dada palsunya dalam satu sesi sidang video melalui aplikasi media sosial, Instagram.

Siasatan terhadap Safiey yang juga usahawan kosmetik, dibuat susulan aduan seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar di Balai Polis Bandar Baru Bangi, 9 Jun lalu.

Safiey yang menggunakan akaun Instgram, ‘safieyilias94’, turut mempertontonkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada remaja terbabit ketika sesi sidang video tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) sebaik ia lengkap. - Getaran, 17 Jun 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad